KATA PUJANGGA

SKR - KITALAH PENJANA WARISAN GEMILANG

Tuesday 19 January 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2016

Kejohanan merentas desa telah selesai diadakan pada 12 Januari 2016. Program ini melibatkan  SK Rusila dan Persekitaran Taman Medan Jaya serta Kampung Gong Rusila. Acara dimulakan dengan senam robik seterusnya larian dirasmikan oleh pegawai pelepas iaitu Guru Besar SK Rusila, En. Zakaria bin Omar. Semua murid dari Pra sekolah hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan jayanya. Seramai 10 pemenang menerima pinggat masing-masing  manakala tempat ke 11-20 pula membantu untuk mendapatkan mata bagi rumah masing-masing iaitu Belatuk, Kasawari, Helang dan Merbuk. Pemenang keseluruhan yang mengutip mata tertinggi iaitu Rumah Merbuk. Tahniah diucapkan.




Sunday 3 January 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016.

Diharapkan agar tahun ini akan membuka lembaran yang lebih baik untuk sekolah dan juga semua warganya. Buat semua guru dan kakitangan..berusahalah untuk memberikan yang terbaik bagi SKR. Untuk Ibu bapa pula, Berusahalah juga untuk anak-anak anda dan bersama-samalah dengan kami untuk kejayaan anak-anak anda.  pentadbir kami masih yang sama...

Saturday 3 May 2014

Permulaan baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..sudah lama rasanya tidak menulis diruangan blog ini. insyaallah...kita akan cuba bermula sekali lagi. untuk itu..disenaraikan aktiviti yang akan berlangsung pada minggu ini di SK Rusila iaitu
Pertandingan Ragbi Rimau Peringkat Daerah Marang pada 5-6 di padang SK Rusila bermula jam 3.00 petang. di harap semua warga SKR dan warga setempat dapat hadir memeriahkan program ini.

Saturday 22 September 2012


 SENARAI GURU BESAR SK RUSILA
 
  1. En. Lat @Ismail bin sulong  (1948)
  2. En. Sulaiman bin Mohamad
  3. En. Jantan bin Ismail
  4. En. Abdullah bin Abd. Rahman
  5. En. Mohamad bin Abdullah
  6. En. Long bin Mohamad
  7. En. Sulong bin Mohamad
  8. YM Sy. Abdullah bin Embong  ( 1983-1988)
  9. En. Zakaria bin Mat Amin  (1988-1993)
  10. En. Jaafar bin Awang  (1993-1995)
  11. En. Mohamad bin Abu Bakar  (1995-2000)
  12. En. Jamil bin Kassim  (2000-2004)
  13. Tn.Hj.A.Razak bin Ahmad  (2005-2012)
  14. En. Zakaria bin Omar  ( 2012)